Author Archives: invtr

RA ambil alih management Seri Bangi

Assalamualaikum / Salam Sejahtera,

Sebagaimana semua sedia maklum, sepertimana memo yang telah diedarkan oleh pihak FDA, mulai 1 Oktober 2013, segala urusan Common Facilities Management & Services ( Kolam Renang, Rumah Kelab & Security) akan diambil alih oleh Persatuan Penduduk Taman Seri Bangi.

Bermula Oktober 2013 dan seterusnya, semua urusan pembayaran yuran Maintenance & Services sebanyak RM150 hendaklah dibuat melalui 2 cara, iaitu

1. Terus ke akaun Persatuan Penduduk seperti yang tertera di bawah :-

CIMB Islamic Acc No : 12370002265102

Selesai pembayaran, tuan – tuan / puan – puan perlu hantar bukti pembayaran beserta nama dan alamat unit seri bangi, ke ra.seri.bangi@gmail.com atau ke pejabat pengurusan di rumah kelab, untuk kemaskini rekod.

2. Datang sendiri ke pejabat pengurusan di rumah kelab

Yuran tersebut hendaklah dibayar pada atau sebelum 7hb bulan berikutnya.

Sekian. Terima Kasih

Persatuan Penduduk Taman Seri Bangi
ROS Reg No : PPM-021-10-08072013
PUSAT KOMUNITI SERI BANGI,
JALAN 8/35A, TAMAN SERI BANGI,
SEKSYEN 8, 43650
BANDAR BARU BANGI SELANGOR
T / F: 03 8922 2616
E : ra.seri.bangi@gmail.com
CIMB Islamic Acc No : 12370002265102

Program Bubur Lambuk

Pada 20 Julai 2013 bersamaan 11 Ramadhan 1434H, penduduk Seri Bangi telah mengadakan gotong royong memasak bubur lambuk.

Kemudiannya sebahagian besar dari bubur lambuk telah diagihkan kepada beberapa masjid berhampiran dan sekolah-sekolah agama.

Tahniah kepada yang telah menjayakannya. Semoga usaha ini boleh diteruskan pada waktu-waktu akan datang.

1069374_10151597325178401_1904687268_n 164260_10151597325428401_1586448091_n

Lebih banyak gambar >
Continue reading