Surau Ar-Raudhah

arraudhah

Surau Ar-Raudhah Taman Seri Bangi telah mendapat kelulusan dan sekarang dalam proses mengumpul dana untuk pembinaan.

Kepada para dermawan, anda boleh menderma terus ke akaun di bawah untuk menyumbang kepada pembinaan surau Ar-Raudhah Taman Seri Bangi.

Semoga anda sekeluarga mendapat rezeki berganda dan sentiasa dalam rahmat Allah.

Tabung Pembinaan Surau:
No. Akaun Maybank: 562834623089
(Surau Ar-Raudhah Taman Seri Bangi)

Jawatankuasa pembinaan surau Ar-Raudhah

Pengerusi: Mohammad Ezri Shamsuddin
Timbalan Pengerusi: Mohamad Fiteri Razali
Setiausaha: Muhammad Fahmi Ismail
Bendahari: Adi Satria Jamaludin
Audit Dalaman: Syahril Shaari

Ahli Jawatankuasa:
Ezuan Harris Arshad
Abdul Rahim Ishak
Zaiton Sahari
Fauziah Hj Abdullah
Siti Zarina Abdullah

Kemaskini

Alhamdulillah, dengan izin Allah, rekabentuk surau untuk Taman Seri Bangi telah dapat disiapkan. Jawatankuasa Pembinaan Surau telah melantik Norman Ezane Architect untuk menyiapkan rekabentuk surau.

PH2_PLAN

Rekabentuk surau adalah berkonsepkan mesra alam untuk memudahkan kerja-kerja penyelenggaraan surau, di samping memudahkan kerja-kerja pembesaran surau sekiranya diperlukan di masa hadapan.

Rekabentuk surau terbahagi kepada dua struktur utama. Struktur pertama menempatkan ruang solat utama dan ruang koridor. Struktur kedua pula meliputi tandas, stor, ruang makan dan aktiviti, serta ruang untuk berwudhu’.

005 copy2 002 copy003 copy 007 copy2

Semoga dengan tersiapnya rekabentuk surau ini, kerja-kerja pembinaan akan dapat dipercepatkan lagi, bagi merealisasikan impian penduduk Seri Bangi untuk mempunyai sebuah surau.

Sebarang persoalan boleh diajukan kepada mana-mana AJK Pembinaan Surau, atau email kepada arraudhahseribangi [at] gmail.com

Blog Surau Ar-Raudhah